MENU
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN PELANCONGAN DAERAH TEMERLOH (3PT) KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
31 Julai 2025 (Khamis) – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa tengah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pelancongan Daerah Temerloh (3PT) yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Abdullah bin Ahmad Mahmood.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan dalam merangka inisiatif yang dapat memajukan sektor pelancongan di daerah Temerloh.
 
Perbincangan dua hala ini turut menyentuh potensi pembangunan produk pelancongan tempatan, pemerkasaan pengusaha pelancongan serta penglibatan komuniti setempat dalam menjadikan Temerloh sebagai destinasi pelancongan yang mampan dan berdaya saing.
 
A
a
a
a
a
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA