KUNJUNG HORMAT DARIPADA PERSATUAN HOTEL BAJET & BISNES MALAYSIA (MyBHA) PAHANG
31 Julai 2025 (Khamis) – Sebentar tadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) Cawangan Pahang yang diketuai oleh Dato’ Sri K. Vijayendren, Pengerusi MyBHA Pahang.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan MyBHA Pahang serta berkongsi pandangan dan peranan persatuan dalam menyokong pembangunan industri pelancongan dan hospitaliti di daerah Temerloh.
Perbincangan turut menyentuh kerjasama strategik antara MPT dan MyBHA ke arah memperkasa imej sektor pelancongan tempatan, khususnya melibatkan hotel bajet, bisnes dan resort.
Majlis Perbandaran Temerloh amat mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha memajukan Temerloh sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA