LAWATAN KERJA YDP MPT KE LOKASI PENIAGA DI TEMERLOH
31 Julai 2025 (Khamis) - Pagi ini Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pekan Sehari Temerloh, Gerai Lurah Semantan,Temerloh, Gerai Esplanade 1, Temerloh dan Gerai hadapan LHDN Temerloh.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan gerai, mengenal pasti keperluan penyelenggaraan serta berinteraksi secara langsung dengan para peniaga. Tuan YDP turut mengambil kesempatan bertanya khabar dan mendengar sendiri isu serta cadangan yang dikemukakan oleh para peniaga.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Pengarah Jabatan Kejuruteraan serta pegawai-pegawai MPT.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan MPT dalam memperkasa kemudahan dan kesejahteraan komuniti peniaga di Temerloh.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA