MAJLIS MAKAN MALAM & PELANCARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK AA LIGA SOSIAL TEMERLOH 2025
10 Julai 2025 (Khamis) - Majlis Makan Malam dan Pelancaran Rasmi Kejohanan Bola Sepak AA Liga Sosial Temerloh 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Julai 2025 di Dewan Seri Mentakab.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YH. Dato' Ridzuan Hazimin bin Ramli, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan. Turut hadir memeriahkan majlis Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan ACP Mazlan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Temerloh, Encik Mohamad Fathi Zikri, Pengurus DOD Sportwear, Ketua-ketua jabatan, Ahli-ahli Majlis MPT, pimpinan-pimpinan setempat, para pengurus pasukan serta pemain-pemain yang terlibat.
Kejohanan ini merupakan hasil kolaborasi antara Kubang Gajah FC, AA, DOD Sportwear dan RHR iaitu Dato Ridzuan Hazimin Ramli sendiri selaku Penyelaras DUN Kuala Semantan, yang menyasarkan untuk memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh jaringan komuniti melalui penganjuran liga sosial berskala tempatan. Sebanyak 10 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi edisi pertama kejohanan ini yang akan berlangsung dari 11 Julai hingga 20 September 2025, membabitkan 54 perlawanan secara keseluruhan.
Dua trofi utama bakal dipertandingkan:
- Piala Liga
- Piala FA
Masing-masing menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 kepada pasukan juara.
Semoga penganjuran kejohanan ini menjadi platform pembangunan bola sepak komuniti dan mencetuskan inspirasi kepada bakat-bakat tempatan.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA