MENU
LAWATAN TAPAK KARNIVAL HPPK2025 DI LURAH SEMANTAN, TEMERLOH
 
6 Julai 2025 (Ahad) - Pagi tadi telah berlangsung lawatan tapak bagi Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 (HPPK2025) di Lurah Semantan, Temerloh oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia bersama pegawai-pegawai kementerian.
 
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Ketua-ketua Jabatan/wakil Ketua-ketua Jabatan Daerah Temerloh serta Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian MPT.
Lawatan ini bertujuan meninjau lokasi cadangan bagi penganjuran HPPK2025 yang dijadualkan berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November 2025.
 
Karnival ini bakal dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan dijangka menjadi platform besar buat para penjaja dan peniaga kecil mempromosi produk serta mengembangkan jaringan perniagaan.
 
Sama-sama kita nantikan kemeriahan HPPK2025 di Temerloh!
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA