PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN DI MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
26 Jun 2025 (Khamis) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menerima lawatan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran pada 25 Jun 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, MPT.
Ketibaan delegasi audit disambut mesra oleh Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT. Turut hadir, Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT, bersama Ketua-ketua Jabatan/Bahagian serta pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan dan Perbandaran & Pembangunan Komuniti MPT.
Sesi audit ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sistem pengurusan kesihatan persekitaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), berdasarkan kriteria teknikal yang telah ditetapkan.
Audit diketuai oleh Encik Hasnainin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kerajaan Tempatan bersama barisan panel audit iaitu En. Mohd Zulfadli bin Nordin dan En. Raja Mohd Rostum bin Raja Daud.
Pihak pengurusan MPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel audit atas penilaian yang telah dilaksanakan serta mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja MPT atas komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam memastikan kelancaran sesi audit ini.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA