BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) DAN DAFTAR RISIKO MS ISO 9001:2015
12 Jun 2025 (Khamis) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menganjurkan Bengkel Semakan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan Daftar Risiko MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Jun 2025 bertempat di Bilik Latihan Kemuning, MPT.
Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Syed Faddly bin Syed Bahrudin, Fasilitator daripada Ascentia Consultancy dan melibatkan penyertaan seramai 42 orang pegawai dan kakitangan daripada pelbagai Jabatan dan Bahagian MPT.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menyemak semula dokumen serta prosedur Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sedia ada agar selaras dengan keperluan dan kehendak semasa, sejajar dengan piawaian MS ISO 9001:2015.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Majlis dalam memastikan amalan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkualiti tinggi bagi mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga Temerloh.
MPT Ke Arah Pengurusan Cemerlang, Perkhidmatan Berkualiti.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA