MESYUARAT AGUNG KOPERASI KAKITANGAN MPT BERHAD (KOSITE) KALI KE-30/2025
05 Jun 2025 (Khamis) – Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan MPT Berhad (KOSITE) Kali Ke-30 telah berlangsung semalam bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh yang telah dihadiri oleh 278 ahli koperasi KOSITE.
Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KOSITE, Encik Mohd Khairi bin Mohd Yusof dan seterusnya mesyuarat dirasmikan oleh Encik Mohd Hafizu bin Haji Sulaiman, Pegawai Penyelia, SKM Wilayah Temerloh mewakili Tuan Ibrahim bin Husain, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang yang tidak dapat hadir kerana menghadiri urusan rasmi lain.
Encik Mohd Hafizu bin Haji Sulaiman dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pengurusan KOSITE dan semua anggota yang memberi komitmen yang tinggi demi memastikan operasi KOSITE berdaya saing dan menjana pendapatan yang tinggi serta memberi impak yang baik kepada anggota. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada KOSITE kerana mampu meningkatkan pencapaian pendapatan serta meletakkan koperasi dalam senarai koperasi terbaik diperingkat negeri Pahang dan Malaysia.
Tahniah kepada Anggota Lembaga yang baru dilantik semoga dapat memberi idea-idea yang bernas bagi memajukan koperasi dan terus bergerak maju ke hadapan.Terima kasih kepada semua anggota koperasi yang hadir.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA