MENU
PROGRAM GOTONG-ROYONG LOCAL AGENDA 21 (LA 21) TAHUN 2025, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
24 April 2025 (Sabtu) – Pagi ini telah diadakan Program Gotong-Royong Local Agenda 21 (LA 21) bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Suria, Mentakab. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB. Tuan Woo Chee Wan, Ahli Dewan Undangan Negeri Mentakab.Turut hadir Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor Ahli-ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT, kakitangan MPT dan penduduk Taman Baru Suria, Mentakab..
 
Pelbagai program telah diadakan iaitu Perkongsian Ilmiah dan Illustrasi Pemadaman Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh, Kaunter Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, Kaunter Aduan Awam,MPT, Kerja-kerja mengecat alatan permainan kanak-kanak, gotong-royong membersihkan kawasan komuniti Kampung Baru Suria, Mentakab dan perkhidmatan Penukaran Tong Sampah.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini dan berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bagi membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes seterusnya mencegah jangkitan demam denggi.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA