LAWATAN PENANDAARASAN JABATAN PUSAT SETEMPAT (OSC), MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) KE UNIT OSC, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
23 Mei 2025 (Jumaat)- Pada 21 Mei 2025, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menerima kunjungan daripada delegasi Jabatan Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi lawatan penandaarasan dengan Bahagian OSC, Majlis Perbandaran Temerloh yang diketuai oleh Encik Shamsul Azlan bin Mohamad Anuar selaku Pengarah Jabatan Perancang Dan Desa,MPS bersama 16 orang pegawai MPS bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuka ruang perbincangan penambahbaikan proses kerja dan perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan OSC 3.0 Plus dalam tugas harian disamping bertukar-tukar idea dan pandangan untuk memastikan pelaksanaan proses OSC 3.0 Plus menetapi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di atas lawatan ini. Semoga ianya dapat mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.






Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA