UCAPAN PENGHARGAAN & SELAMAT BERSARA
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Rozani bin Ismail, Penolong Jurutera Gred JA38, Jabatan Kejuruteraan yang bersara secara rasmi pada 01 Februari 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan komitmen, dedikasi serta profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan amanah demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Segala jasa, sumbangan dan pengalaman yang dicurahkan amat dihargai serta menjadi kenangan bermakna buat seluruh warga kerja MPT.
Seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang 28 tahun tempoh perkhidmatan beliau di Majlis Perbandaran Temerloh dan mendoakan agar En. Rozani bin Ismail dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan berpanjangan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu selepas persaraan.
Jasa dikenang, bakti dihargai.
Pergi ke taman memetik kenanga,
Kenanga harum di waktu pagi;
Jasa dikenang sepanjang masa,
Bakti tercurah tetap dihargai.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
