Terima Kasih atas Sokongan Anda di Malam Temerloh Berselawat – FESKEP 2025
18 Julai 2025 (Jumaat) - Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan Malam Temerloh Berselawat yang telah berlangsung malam semalam di Dataran Temerloh bersempena Festival Kesenian Peribumi Malaysia (FESKEP) 2025.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian ceramah agama oleh YBhg. Ustaz Haji Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa Kuantan, yang menyampaikan tausiyah penuh penghayatan.
Turut sama memeriahkan acara ialah tetamu kehormat Tuan Rizal bin Mustafa,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBrs. Encik Mohd Rizal bin Ismail, Pengarah JKKN Pahang, Yang Hormat Dato’ Razmi bin Sudin, Pengerusi Majlis Gabungan Amal Temerloh, YBrs. ACP Mazlan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Temerloh ,YBrs. Ustaz Afif Aisar bin Ahmad, Timbalan Kadi Daerah Temerloh.
Semoga kehadiran dan sokongan tuan/puan diberkati serta diganjari oleh Allah SWT.
Untuk makluman, FESKEP 2025 akan berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025, bertempat di Dataran Temerloh, Pahang, bermula jam 9.00 pagi setiap hari. Pelbagai pengisian menarik menanti anda!
Jumpa anda di FESKEP 2025!





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA