MENU
SELAMAT BERSARA
 
Seri rembulan seindah kejora,
Cahaya suria di awan larat,
Kami ucapkan selamat bersara,
Semoga bahagia dunia akhirat.
 
Selamat Bersara Wajib Encik Mohd Khairi bin Mohd Yusof, Pembantu Penguatkuasa KP3 di Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Temerloh dan Encik Anuar bin Musa, Pembantu Khidmat Am H1, di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Seluruh Wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan di Majlis Perbandaran Temerloh. Kami mendoakan semoga Encik Mohd Khairi bin Mohd Yusof dan Encik Anuar bin Musa sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas bersara.
 
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan buat beliau sehingga ke akhirat sana.
 
Selamat bersara dan selamat maju jaya. Jasamu dikenang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
 
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA