MENU
PROGRAM STREET DAKWAH TEMERLOH
 
Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dataran Esplanade 2, Temerloh
 
Majlis Perbandaran Temerloh dengan kerjasama Masjid Abu Bakar, Temerloh akan menganjurkan Program Street Dakwah yang bertujuan menyemarakkan budaya ilmu serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap nilai-nilai Islam dalam suasana yang santai dan terbuka.
 
Penceramah Jemputan:
Ustaz Fadli Johari
Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh
 
Program ini merupakan salah satu inisiatif dakwah berasaskan komuniti yang diharap dapat memupuk kesedaran rohani serta mempererat hubungan antara institusi agama dan masyarakat setempat.
 
Sehubungan itu, seluruh warga Temerloh dan kawasan sekitar dijemput hadir bagi bersama-sama memanfaatkan ruang ilmu yang disediakan. Semoga kehadiran dan penglibatan tuan/puan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA