MENU
PROGRAM SENTUHAN RAKYAT MAKMUR NEGERI PAHANG PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
 
30 Mei 2025 (Jumaat) – Sempena pelaksanaan Program Sentuhan Rakyat Makmur 2025 peringkat Daerah Temerloh pada 29 Mei 2025, Program Ziarah Makmur telah diadakan di Taman Murni, Lanchang. Program ini dihadiri oleh Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor bersama pegawai-pegawai dari SUK Pahang dan PDT Temerloh serta pimpinan JPKK telah menyampaikan sumbangan kepada 12 penerima isi rumah sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat. Program ziarah makmur ini bertujuan untuk menyantuni penduduk setempat, khususnya warga emas dan golongan yang kurang berkemampuan, di samping meninjau sendiri keadaan kehidupan dan keperluan mereka.
 
Program Sentuhan Rakyat Makmur 2025 Peringkat Daerah Temerloh telah dihadiri oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar bertempat di Dewan Sri Lanchang, Temerloh, Pahang. Program anjuran Kerajaan Negeri Pahang ini merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan rakyat melalui pendekatan turun padang, serta menyampaikan maklumat berkaitan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kerajaan secara terus kepada komuniti setempat. Antara pengisian utama program termasuklah aktiviti Ziarah Makmur ke rumah warga emas dan golongan kurang berkemampuan, lawatan ke projek-projek komuniti dan premis kerajaan, serta sesi Townhall Sentuhan Rakyat Makmur yang memberi ruang kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan, cadangan dan isu secara langsung kepada para pemimpin.
 
Seramai 700 penduduk dicatatkan hadir pada Sesi Townhall yang diadakan selama hampir tiga jam di Dewan Sri Lanchang. Program yang memasuki daerah ketiga selepas Rompin dan Lipis ini akan diteruskan ke daerah Jerantut pada bulan hadapan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA