PROGRAM KOSPEN WOW PEMERIKSAAN SARINGAN KESIHATAN KAKITANGAN MPT TAHUN 2025
12 Jun 2025 (Khamis) - Pada 10 - 12 Jun 2025, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah menganjurkan Program KOSPEN WOW : Pemeriksaan Saringan Kesihatan yang melibatkan seluruh warga kerja MPT. Program ini telah berlangsung di Luar Legar Bilik Mesyuarat Utama, MPT, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para kakitangan.
Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan termasuklah :
- Pengukuran tekanan darah
- Pemeriksaan tahap glukosa dalam darah
- Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)
- Pengukuran tahap kolesterol
Program KOSPEN WOW merupakan inisiatif komprehensif yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khusus untuk pelaksanaan di tempat kerja. Matlamat utamanya adalah untuk membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dengan memperkasakan majikan dan pekerja untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.
MPT komited untuk terus menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesejahteraan warga kerja. Semoga inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada budaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan, sekali gus mencipta persekitaran kerja yang lebih sihat, ceria dan produktif.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA