PROGRAM AGIHAN DAGING KORBAN KEPADA KAKITANGAN MPT DARIPADA EZ QURBAN
10 Jun 2025 ( Selasa) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) hari ini telah menerima agihan daging korban daripada pihak EZ QURBAN untuk diagihkan kepada para kakitangan MPT dalam satu program yang berlangsung di Anjung Semantan, Taman Bandar Temerloh.
Majlis agihan ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPT, Tuan Rizal bin Mustafa, dengan kehadiran Setiausaha MPT, Tuan Haji Muhamad bin Mohd Nor serta ketua-ketua Jabatan dan Bahagian,MPT.
Kerja-kerja melapah, memotong, dan membungkus daging telah dijalankan secara gotong-royong oleh warga kerja MPT sendiri. Semangat kebersamaan dan kerjasama jelas terpancar sepanjang program berlangsung.
Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan semangat ibadah korban, tetapi juga mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan kakitangan.
MPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EZ QURBAN atas sumbangan ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi manfaat bersama.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA