MENU
PROGRAM ‘WALKABOUT’ EKSPO AIDILFITRI TAHUN 2026
 
12 Mac 2026 (Khamis) – Malam tadi Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan sesi walkabout di Ekspo Aidilfitri yang berlangsung di Dataran Temerloh bagi meninjau sendiri suasana serta kemeriahan orang ramai yang hadir membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
 
Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk beramah mesra dan bertanya khabar kepada para peniaga serta pengunjung yang memeriahkan ekspo berkenaan. Kehadiran beliau juga sebagai tanda sokongan Majlis Perbandaran Temerloh terhadap aktiviti ekonomi tempatan khususnya kepada para usahawan dan peniaga kecil yang mengambil peluang berniaga sepanjang penganjuran ekspo ini.
 
Pada tahun ini, Majlis Perbandaran Temerloh telah menyediakan sebanyak 166 ruang niaga yang lebih selesa kepada para peniaga, melibatkan 103 ruang jualan pelbagai barangan, 26 ruang kuih raya, 20 ruang jualan bunga api, serta 17 ruang makanan dan minuman, bagi memberi lebih peluang kepada peniaga tempatan serta memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan menjelang Aidilfitri.
 
Turut hadir dalam sesi walkabout tersebut ialah Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT, Encik Rozlan bin Abd Manaf, Ahli Majlis MPT, serta Pengarah-Pengarah Jabatan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Penganjuran Ekspo Aidilfitri di Dataran Temerloh ini diharapkan dapat terus menjadi platform yang memberi manfaat kepada para peniaga tempatan di samping menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah dan harmoni.
 
a
A
A
A
A
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM