PENGIBARAN BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-66 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG 2025
Sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang ke-66, pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menyeru kepada semua peniaga dan pemilik premis perniagaan di kawasan pentadbiran MPT untuk mengibarkan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing.
Tarikh kibaran: 15 Julai hingga 16 September 2025
Lokasi: Semua premis perniagaan dalam kawasan MPT
Bendera yang dikibarkan mestilah berada dalam keadaan baik, tidak koyak, lusuh atau pudar, sebagai tanda penghormatan kepada institusi diraja dan kedaulatan negeri.
Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan ini dengan penuh rasa hormat dan cinta kepada negeri tercinta.
Sekian, terima kasih.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA