PELAWAAN CADANGAN PEMBINAAN TANAH SECARA USAHASAMA MPT
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mempelawa syarikat pemaju hartanah yang berkelayakan, berpengalaman serta berkeupayaan untuk mengemukakan Cadangan Pembangunan Secara Usahasama bagi sebidang tanah milik MPT di Mukim Bangau (Kenalau), PT 3205 seluas 35.53 hektar (87.79 ekar).
Cadangan pembangunan mestilah merangkumi :
- Profil syarikat & rekod projek terdahulu
- Konsep pembangunan & pelan cadangan
- Anggaran kos serta unjuran pulangan projek
- Tempoh & fasa pelaksanaan
- Bukti kedudukan kewangan
Tarikh Tutup Permohonan:
15 Januari 2026 (sebelum 12.00 tengah hari)
Tanah tersebut mempunyai potensi tinggi untuk pembangunan berskala besar, antaranya :
- Pembangunan bercampur (perumahan & komersial)
- Pusat perniagaan
- Perumahan berstrata
- Pembangunan pelancongan / agro-pelancongan
- Industri ringan yang bersesuaian
Kaedah penghantaran cadangan adalah seperti yang dinyatakan dalam poster, dan hendaklah dihantar ke:
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Majlis Perbandaran Temerloh,
Aras 1, Kompleks Plaza Temerloh.
Pertanyaan rasmi: 09-290 1546 / 1549

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
