MPT SERTAI EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG IRAU SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG
11 September 2026 (Jumaat) — Seramai 121 peserta daripada 42 agensi kerajaan dan bukan kerajaan berjaya menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Irau sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah semalam.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat ke Mossy Forest bagi menyempurnakan pelepasan peserta ekspedisi pada jam 8.12 pagi sekali gus menandakan bermulanya pendakian ke Gunung Irau selepas laluan berkenaan ditutup selama lebih 10 bulan.
Ekspedisi berkenaan turut disokong oleh 41 anggota keselamatan serta wakil jabatan dan agensi dari seluruh Pahang, bagi memastikan perjalanan program dan keselamatan peserta berada pada tahap terbaik.
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) turut mengambil bahagian dengan menghantar dua wakil iaitu Joh Zahdin bin Mohamad dan Rizawati binti Ramli yang berjaya menyempurnakan ekspedisi berkenaan bersama peserta lain.
Penyertaan MPT dalam ekspedisi tersebut mencerminkan semangat kebersamaan antara agensi di negeri Pahang di samping menyemarakkan sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Daulat Tuanku.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: Majlis Perbandaran Temerloh
TikTok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: www.mpt.gov.my
JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM
