MPT SERAH KHEMAH PENJAJA SEMPENA PROGRAM SANTUNI MADANI FELDA BUKIT DAMAR
17 Ogos (Isnin) — Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) hari ini terlibat dalam Program Santuni MADANI: Program Satu Pemimpin Satu Kampung yang berlangsung di FELDA Bukit Damar, Lanchang, Pahang.
Program berkenaan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud dan turut dihadiri para jemputan serta wakil agensi yang terlibat.
Sebagai salah satu pengisian program, MPT telah mengadakan sesi penyerahan khemah penjaja kepada peniaga-peniaga Pasar Malam dan Pekan Sehari Lanchang sebagai usaha membantu menyediakan kemudahan perniagaan yang lebih teratur, selesa dan kondusif kepada komuniti penjaja setempat.
Sumbangan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada para peniaga dalam menjalankan aktiviti perniagaan, di samping membantu memperkemaskan imej serta susun atur kawasan perniagaan di Lanchang.
Program Santuni MADANI turut diisi dengan Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti, penyerahan kelengkapan sekolah, sumbangan kepada pelajar asnaf, bakul makanan serta Jualan MADANI Koperasi (JMK).
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan, agensi serta komuniti dalam memperkasa kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi setempat.




Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: Majlis Perbandaran Temerloh
TikTok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: www.mpt.gov.my
JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM
