MENU
MALAM PERASMIAN FESKEP@PAHANG 2025
 
21 Julai 2025 (Isnin) - Program Malam Perasmian FESKEP@Pahang 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 19 Julai 2025 bertempat di Dataran Temerloh menyaksikan persembahan berunsur budaya dan warisan yang menggabungkan elemen tarian, muzik etnik, naratif puisis, bahasa alam, pencahayaan dan visual alam semula jadi. Persembahan ini mengetengahkan kehidupan masyarakat Orang Asli dari pelbagai suku kaum seperti Temuan, Semai, Jakun, Mahmeri, Jahut dan Bateq.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang.
 
Turut hadir memeriahkan majlis: YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan isteri, YB Dato’ Rodzuan bin Zaaba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan isteri, YBrs. Tuan Rizal bin Mustafar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBrs. Encik Mohd Rizal bin Ismail, Pengarah JKKN Pahang, YBrs. Encik Zulkifli bin Husin, Pengerusi Persatuan Silat Gerak Lian Pahang.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta menjayakan Malam Perasmian ini, dalam usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan bangsa.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA