MAJLIS PENYERAHAN KANOPI SUMBANGAN DARIPADA KUSKOP KEPADA PENJAJA PEKAN SEHARI TEMERLOH
12 Februari 2026 (Khamis) – Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Kanopi kepada Penjaja Pekan Sehari Temerloh sumbangan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertempat di Dewan Taman Temerloh Jaya, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).
Majlis telah disempurnakan oleh YH Dato’ Ridzuan Hazimin bin Ramli, Penyelaras Dewan Negeri DUN Lanchang. Turut hadir En. Mohd Yusof bin Yacob, Penolong Pengurus Bank Rakyat Temerloh mewakili KUSKOP, Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT, YB. Tuan Woo Chee Wan, ADUN Mentakab, En. Mohd Azly bin Norzan, Penyelaras Dewan Negeri DUN Kuala Semantan, Ahli-Ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT serta para peniaga Pekan Sehari Temerloh.
Sebanyak 700 unit kanopi telah diperuntukkan melibatkan semua penjaja Pekan Sehari Temerloh yang memiliki lesen dan permit yang sah. Peruntukan ini disalurkan oleh Ketua Setiausaha KUSKOP bagi memastikan Pekan Sehari Temerloh tampil lebih kemas, cantik dan seragam, selaras dengan kedudukannya sebagai antara lokasi tumpuan pelancong di Daerah Temerloh.
Inisiatif ini merupakan salah satu langkah Kerajaan dalam membantu serta memperkasakan peniaga-peniaga kecil di Daerah Temerloh agar dapat menjalankan perniagaan dalam suasana yang lebih selesa dan teratur.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KUSKOP atas komitmen dan sokongan berterusan dalam memperkukuh sektor keusahawanan tempatan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti penjaja.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
