MENU
MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH PENGGAL 2024 - 2026
 
05 Jun 2025 (Khamis) – Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) fasa 2 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, MPT dihadapan Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Mesyuarat Penuh MPT.
 
Upacara angkat sumpah ini melibatkan sepuluh Ahli Majlis baharu iaitu YH. Dato’ Razmi bin Sudin, En. Atan Azhari bin Sulaiaman, En. Adam bin Ahmad, En. Khairulzaidi bin Daud, En. Mohamad Fazrul bin Ahmad, En. Mohamad Faiz bin Abdullah, En. Ibrahim bin Hussain, En. Syed Ali Mahir bin Syed Alwi, En. Wan Mohd Saidi bin Wan Zainudin dan En. Subramaniam a/l Narayanan.
 
MPT merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada sepuluh Ahli Majlis tersebut di atas pelantikan ini dan semoga akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti setempat demi kesejahteraan rakyat di daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA