MENU
MAJLIS “FLAG OFF” PELEPASAN KONVOI PROGRAM MINI MAHA PAHANG 2025
 
13 Ogos 2025 (Rabu) – Majlis “Flag Off” pelepasan konvoi menuju ke Temerloh bagi memeriahkan Program Mini MAHA Pahang 2025 telah diadakan pada jam 8.30 pagi tadi bertempat di Perkarangan GEO Resort & Hotel, Genting Highlands, Pahang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
 
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bersama En.Muhammad Danial bin Jamaludin, Pengarah Jabatan Pelesenan MPT.
 
Program Mini MAHA Pahang 2025 akan berlangsung dari 14 hingga 17 Ogos 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di empat lokasi utama sekitar Temerloh, iaitu Dataran Temerloh, Dewan Tun Razak, Taman Skateboard dan Taman Esplanade.
 
Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan acara yang mengetengahkan teknologi pertanian terkini, hasil tani segar, serta pelbagai aktiviti menarik berteraskan agro pelancongan.
 
A
a
a
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA