LAWATAN TAPAK BAGI PENILAIAN FINAL DISCHARGE INFRASTRUKTUR (JALAN DAN SISTEM PERPARITAN) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN
10 Julai 2025 (Khamis) - Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menerima aduan berhubung bantahan terhadap sistem perparitan yang dilaksanakan dalam sebuah projek pembangunan perumahan di daerah ini.
Sehubungan dengan itu, satu lawatan tapak bagi penilaian akhir (final discharge) telah diadakan pada pagi ini, jam 10.00 pagi bagi meneliti isu yang dibangkitkan serta memastikan pematuhan terhadap spesifikasi teknikal dan keperluan perancangan semasa.
Lawatan ini disertai oleh wakil-wakil daripada jabatan teknikal MPT, iaitu:
- Jabatan Kejuruteraan
- Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan
- Jabatan Pusat Setempat
- Jabatan Perancang Bandar
- Jabatan Kawalan Bangunan
- Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia
Turut hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah Encik Adam bin Ahmad, Ahli Majlis MPT, wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Temerloh.
Majlis Perbandaran Temerloh sentiasa komited dalam memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan, mengambil kira kepentingan awam dan kelestarian persekitaran.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA