LAWATAN KERJA YANG DIPERTUA MPT KE TAPAK PROJEK PR1MA PAYA JEJAWI
4 September 2025 (Khamis) – Pagi ini Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak projek PR1MA Paya Jejawi bersama YH Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), bagi meninjau perkembangan semasa projek dan mengesahkan penyelesaian isu berkaitan Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC).
Hasil kerjasama erat antara MPT, LPHP dan pihak pemaju, masalah berkaitan pematuhan syarat CCC telah berjaya diselesaikan sepenuhnya, sekali gus membuka jalan kepada proses penyerahan projek yang lebih lancar kepada pembeli rumah. Penyelesaian ini membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan standard teknikal, keselamatan dan kualiti pembinaan dipatuhi sepenuhnya.
Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan penghargaan kepada LPHP serta semua pihak terlibat atas usaha proaktif yang diambil bagi mempercepatkan proses penyelesaian ini. Kejayaan ini turut mencerminkan iltizam kerajaan negeri dalam memastikan setiap projek perumahan di daerah Temerloh dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan memberi manfaat kepada rakyat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA