KUNJUNGAN HORMAT KONVOI PERMOTORAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
24 Julai 2025 (Khamis) – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menerima kunjungan hormat daripada Konvoi Permotoran Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bersempena Ulang Tahun Pemasyhuran MPD Kali Ke-17 pagi tadi.
Rombongan seramai 77 peserta yang diketuai oleh Encik Mohd sabri bin Abas, Setiausaha MPD disambut mesra oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT bersama barisan pegawai dan kakitangan MPT.
Sempena kunjungan, pihak MPD turut menyerahkan poster promosi dan borang penyertaan Liga Penalti Piala Yang Dipertua MPD kepada pihak MPT sebagai simbol jemputan rasmi.
Program seumpama ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan, di samping memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan pertukaran ilmu dalam kalangan warga kerja kerajaan tempatan.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
