KUNJUNG HORMAT KRT DAERAH TEMERLOH KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
3 September 2025 (Rabu) - Sedang berlangsung Kunjungan Hormat Pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Temerloh yang diiringi oleh pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah Temerloh.
Kunjungan ini telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Rizal bin Mustafa bersama beberapa pegawai kanan MPT. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik antara pihak KRT dan Majlis Perbandaran Temerloh dalam melaksanakan agenda pembangunan komuniti setempat.
Selain itu, sesi perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama dalam aspek perpaduan masyarakat, kesejahteraan penduduk bandar dan luar bandar, serta penyelarasan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan komuniti di bawah seliaan KRT.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat ini, yang diharap dapat memperkukuh lagi semangat kebersamaan dalam membina komuniti yang harmoni, sejahtera, dan berdaya maju.
Sesungguhnya, kekuatan sebuah komuniti lahir daripada kesatuan hati dan tekad bersama. Semoga jalinan kerjasama ini terus subur menjadi jambatan perpaduan, demi membina Temerloh yang makmur, rakyatnya bersatu, dan masa depannya lebih gemilang
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA