MENU
KEMPEN BAWA BEG GUNA SEMULA
 
21 Julai 2025 (Isnin) - Semalam Alam Flora dan SWCorp Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menganjurkan Kempen Bawa Beg Guna Semula sebagai langkah meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pengurangan penggunaan beg plastik sekali guna.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran Encik Mohamad Muhazni Mukhtar, Ketua Pegawai Operasi, Alam Flora, Tuan Zaidi Bin Tuah, Pengarah, SWCorp Negeri Pahang, Tuan Rizal Bin Mustafa, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Kempen dimulakan dengan taklimat oleh Pengurus Perkhidmatan Pahang 3, diikuti agihan beg guna semula kepada para pengunjung sebagai simbolik sokongan terhadap kelestarian alam sekitar.
 
Usaha kecil, impak besar. Ayuh jadikan amalan membawa beg guna semula sebagai budaya hidup.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA