MENU
KARNIVAL ASYURA PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 1447H / 2025M
 
22 Julai 2025 (Selasa) - Semalam Surau Kampung Paya Laman, Lanchang, Temerloh menjadi saksi penganjuran meriah Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang tahun ini yang menghimpunkan penyertaan 33 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, NGO dan masjid kariah.
 
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman.
 
Manakala Majlis Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang yang turut menyampaikan sumbangan I.M Pahang kepada para Jemaah Haji Negeri Pahang dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan jemaah hakim.
 
- Keputusan Karnival Asyura 1447H / 2025M :
 
- Kategori Jabatan Kerajaan / IPT / Sekolah / Agensi Kerajaan
- Johan: Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut
- Naib Johan: MARA Pahang / Giatmara Pahang
- Ketiga: RISDA Temerloh
 
-Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah:
- Johan: Masjid Lipat Kajang
- Naib Johan: Al-Jawaher Shaipudin
- Ketiga: Damar Berkat 1
 
Semoga semangat kebersamaan, ukhuwah dan cinta kepada sunnah terus subur dalam masyarakat melalui program seumpama ini.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA