MENU

JOM BAYAR CUKAI TAKSIRAN 2026

Orang ramai adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Temerloh menjemput semua pemilik harta untuk menjelaskan Bil Cukai Taksiran bagi tempoh setahun berserta tunggakan (jika ada) sebelum atau pada 28 Februari 2026.

ISTIMEWA UNTUK ANDA!
Sebanyak 3,000 unit cenderamata “Vacuum Flask Set” menanti pembayar cukai taksiran yang layak.

Syarat-syarat :
-Bayaran cukai untuk setahun
-Tiada tunggakan
-Maksimum 3 cenderamata bagi satu pemilik yang sama
-Tertakluk selagi stok masih ada

*Bagi pembayaran secara atas talian, cenderamata hanya boleh dituntut di kaunter Majlis Perbandaran Temerloh dengan membawa resit bukti bayaran.

Untuk semakan dan pembayaran juga boleh
dibuat secara atas talian seperti dipautan berikut :
https://mytemerloh.gov.my/

Pilih > Cukai Taksiran
-Masukkan (Nombor Akaun Cukai Taksiran)
-Masukkan (Kod Pengesahan Keselamatan)
-Tekan Cari

Sila hubungi Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran
Temerloh jika ada sebarang pertanyaan & maklumat lanjut :
•09-2901549 (Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta)
•09-2901782 (Bahagian Tunggakan JPPH)

Terima kasih.

"Bayar cukai taksiran anda demi kesejahteraan dan pembangunan bersama"

 

A

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA

#AmazingTemerloh
#TemerlohTitikTengahSemenanjung
#temerlohbandarikanpatin
#temerloh