MENU
DISKAUN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA MPT SEHINGGA 80% 
 
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta sehingga 80% sempena sambutan Tahun Baru 2026.
 
Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk melangsaikan kompaun tertunggak dengan kadar lebih rendah serta menggalakkan pematuhan peraturan letak kereta di Bandar Temerloh.
 
Tempoh Tawaran:
15 Disember 2025 – 15 Januari 2026
Tertakluk kepada kadar minimum RM5.00
 
Semakan kompaun melalui hotline WhatsApp: 010-455 7819
Pertanyaan lanjut: 09-296 4820
 
MPT menggalakkan semua pemilik kenderaan untuk merebut peluang ini demi kelancaran pengurusan trafik dan persekitaran bandar yang lebih teratur.
 
 
A
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA