KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UMPSA KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
13 November 2025 (Khamis) - Sebantar tadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh.
Kunjungan ini bertujuan menjalin hubungan strategik dan potensi kerjasama akademik antara FTKA dan MPT, khususnya dalam bidang kejuruteraan, penyelidikan, inovasi bandar lestari serta pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi di daerah Temerloh.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak UMPSA atas kunjungan hormat ini. Diharapkan hubungan dua hala ini akan terus diperkukuh ke arah pembangunan bandar yang mampan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
