SEMBURAN KAWALAN LALAT DI DATARAN TEMERLOH
31 Ogos 2025 (Ahad) - Bagi memastikan kebersihan, keselesaan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh telah melaksanakan kerja-kerja semburan kawalan lalat di sekitar Dataran Temerloh pada malam semalam.
Langkah pencegahan ini adalah sebahagian daripada persediaan menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Temerloh, agar orang ramai dapat hadir dengan lebih selesa dalam suasana yang kondusif, bersih dan selamat.
Majlis Perbandaran Temerloh sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan komuniti serta menjaga persekitaran bandar Temerloh.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA