YANG DIPERTUA MPT TINJAU KELANCARAN HARI PERTAMA MINI MAHA PAHANG 2025 DI DATARAN TEMERLOH
14 Ogos 2025 (Khamis) - Mini MAHA Pahang 2025 secara rasmi membuka tirai hari ini dan akan berlangsung selama empat hari bermula 14 hingga 17 Ogos 2025 di Dataran Temerloh. Acara ini menghimpunkan pelbagai pameran, demonstrasi, jualan produk pertanian, makanan, kraftangan, serta aktiviti interaktif yang pasti menarik minat pengunjung dari seluruh negeri.
Bagi memastikan kelancaran penganjuran pada hari pertama, Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan lawatan tapak pada jam 3.00 petang. Dalam lawatan tersebut beliau meninjau persiapan fasiliti, keselamatan, kebersihan dan kemudahan awam di samping beramah mesra dengan peniaga, peserta pameran dan para pengunjung bagi mendapatkan maklum balas secara langsung.
Turut hadir bersama beliau ialah barisan Pengarah Jabatan/Bahagian MPT iaitu Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan, Jabatan Landskap, Jabatan Kawalan Perniagaan & Pelesenan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti dan Bahagian Perhubungan Awam & Pembangunan Belia.
Mini MAHA Pahang 2025 bukan sekadar platform mempromosikan sektor pertanian, malah menjadi medan mengangkat produk tempatan, memacu ekonomi komuniti setempat, dan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pengusaha serta masyarakat
.
MPT mengalu-alukan orang ramai untuk hadir beramai-ramai memeriahkan Mini MAHA Pahang 2025, nikmati pelbagai aktiviti menarik, rasai produk segar dari ladang, dan sokong usahawan tempatan.
Jom kita raikan kemeriahan pertanian, inovasi dan komuniti di Temerloh!





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA