YANG DIPERTUA MPT TINJAU LOKASI TEMBOK RUNTUH DAN GERAI DIHEMPAP POKOK
12 Ogos 2025 (Selasa) - Petang semalam, Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah melakukan lawatan kerja ke Taman Chatin Hills, Mentakab susulan kejadian tembok sebuah rumah runtuh akibat hujan lebat baru-baru ini.
Lawatan tersebut bertujuan menilai keadaan di lokasi, mendapatkan maklumat daripada pemilik kediaman, serta merangka langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.
Turut mengiringi beliau ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Kejuruteraan MPT, Jabatan OSC MPT, Jabatan Kawalan Bangunan MPT dan Bahagian Perhubungan Awam & Pembangunan Belia MPT yang menjalankan pemeriksaan tapak serta memberikan maklum balas berhubung tindakan susulan yang perlu diambil.
Tidak terhenti di situ, beliau meneruskan tinjauan ke Jalan Industri 3, Taman Perindustrian Mentakab melihat sebuah gerai yang dihempap pokok akibat ribut.
Komitmen ini membuktikan keprihatinan MPT terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA