NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN TAMAN TASIK BANDAR TEMERLOH
Dimaklumkan bahawa sebahagian kawasan di Taman Tasik Bandar Temerloh akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan fasiliti awam.
Penutupan ini akan bermula pada:
- Tarikh Mula: 25 Jun 2025 (Selasa)
- Tarikh Tamat: 14 Oktober 2025 (Selasa)
- Tempoh Penutupan: 16 minggu
Kawasan yang terlibat adalah sebahagian daripada taman dan tidak melibatkan penutupan keseluruhan. Walau bagaimanapun, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan tidak memasuki kawasan yang ditutup demi keselamatan bersama.
Majlis Perbandaran Temerloh memohon maaf atas segala kesulitan sepanjang tempoh ini dan menghargai kerjasama semua pihak.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA