MENU
PROGRAM CSR JHEKS PAHANG 2025 | ANULAE MPT TURUT SERTA
 
29 Jun 2025 (Ahad) - Kesatuan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (ANULAE) Majlis Perbandaran Temerloh telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Pahang Tahun 2025 yang berlangsung pada 28–29 Jun 2025 bertempat di Kampung Tempoyang, Kuala Lipis.
 
Delegasi ANULAE MPT diketuai oleh Sdr. Muhammad Ata Iqbal bin Jamaludin, Timbalan Pengerusi ANULAE MPT.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dato' Seri Abdul Rahman bin Haji Mohamed, Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia.
 
Antara pengisian menarik sepanjang program:
- Kacau dodol
- Mamasak daging kawah
- Pemeriksaan kesihatan percuma
- Gunting rambut percuma
- Gotong-royong
- Sukaneka bersama penduduk setempat
 
Program ini dilaksanakan bagi memperkasa hubungan sosial antara warga kesatuan dan komuniti luar bandar, di samping menyemai nilai kerjasama, keprihatinan dan semangat perpaduan antara pelbagai pihak.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA