SALAM MAAL HIJRAH 1447H / 2025M
Sempena sambutan Maal Hijrah 1447H / 2025M, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam kepada seluruh warga Temerloh yang dikasihi.
Tahun baru hijrah merupakan detik penting untuk kita semua memperbaharui tekad, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan keazaman dalam memperbaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi lebih kepada transformasi rohani dan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, lebih bertanggungjawab serta berteraskan nilai-nilai murni Islam.
Semoga kedatangan 1447 Hijrah ini membawa sinar baharu dalam kehidupan kita, menyemai semangat kebersamaan dan memperkasa usaha ke arah kemajuan serta kesejahteraan bandar Temerloh yang kita cintai.
Majlis Perbandaran Temerloh akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, berlandaskan prinsip integriti, amanah dan profesionalisme.
"Membangun ummah MADANI"
Daripada:
Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Temerloh

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA