PROGRAM SAYANGI KUCING DI PASAR AWAM TEMERLOH
26 Jun 2025 (Khamis) - Program Sayangi Kucing telah berjaya dianjurkan pada pagi tadi oleh Adabi Distribution Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam memupuk kesedaran terhadap kebajikan haiwan, khususnya kucing terbiar di kawasan pasar.
Majlis Perbandaran Temerloh diwakili oleh Puan Suhaya Elly Rosli, Ahli Majlis, MPT merangkap Pengerusi Kelab Si Bulus Temerloh yang turut bersama dalam menjayakan program ini. Turut hadir En. Muhammad Fadzri bin Alias, Ketua Bahagian Perhubungan Awam & Pembangunan Belia, MPT.
Antara pengisian menarik sepanjang program berlangsung:
- Memberi makan kucing terbiar di sekitar kawasan pasar
- Sumbangan 30 karton pek makanan PowerCat kepada para pengunjung
- Jualan murah makanan kucing PowerCat terus dari lori oleh pihak Adabi
- Sumbangan makanan kucing oleh Adabi untuk disalurkan kepada Teratak Si Bulus Temerloh melalui MPT
Program ini bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan usaha menjaga kebajikan haiwan terbiar, tetapi turut memperkukuh kerjasama antara pihak swasta dan pihak berkuasa tempatan dalam memelihara keharmonian komuniti.




Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA