PROGRAM BRISKWALK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
13 Jun 2025 (Jumaat) – Sebentar tadi Jabatan Perkhidmatan Dan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah berjaya melaksanakan Program Briskwalk untuk Warga Kerja MPT bertempat di Taman Kubang Gajah, Temerloh. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha MPT untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan serta mengeratkan hubungan antara jabatan.
Penyertaan melibatkan kakitangan dari beberapa Jabatan dan Bahagian MPT antaranya :
• Jabatan Khidmat Pengurusan
• Bahagian Perolehan dan Stor
• Bahagian Audit Dalam & Integriti
• Bahagian Korporat & Pengurusan Kualiti
• Bahagian Perhubungan Awam & Pembangunan Belia
Program bermula tepat jam 8.00 pagi dengan sesi senaman ringan, diikuti aktiviti berjalan kaki sejauh kira-kira 2 kilometer mengelilingi taman. Sepanjang program, peserta menunjukkan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi, mencerminkan nilai kerjasama serta kepedulian terhadap kesihatan diri dan komuniti kerja.
MPT percaya bahawa kesihatan fizikal dan mental kakitangan adalah aset penting dalam menjayakan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat. Justeru, program seperti ini akan diteruskan secara berkala sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan modal insan dan kesejahteraan warga kerja.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA