MENU
KURSUS TEKNIKAL PEMERIKSAAN DAN PENGGREDAN PREMIS MAKANAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) ZON SEMENANJUNG BAGI TAHUN 2025
 
19 Mei 2025 (Isnin) – Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Kursus Teknikal Pemeriksaan dan Penggredan Premis Makanan Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Semenanjung Bagi Tahun 2025 selama 3 hari bermula 14 Mei 2025 hingga 16 Mei 2025 betempat di BIlik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Kursus ini telah dihadiri oleh 50 orang pegawai daripada PBT terpilih di seluruh Semenanjung. Semoga peserta kursus memperolehi ilmu daripada kursus ini serta dapat dimanfaatkan dan membantu tugasan anggota di dalam kerja di lapangan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di atas kesudian menjadikan Majlis Perbandaran Temerloh sebagai lokasi Kursus Teknikal Pemeriksaan dan Penggredan Premis Makanan Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Semenanjung Bagi Tahun 2025.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA