MENU
SESI PEMERKASAAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) BAGI JABATAN/AGENSI NEGERI PAHANG TAHUN 2020
 
Sesi Pemerkasaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Bagi Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2020 telah diadakan pada 14 Oktober 2020 bertempat di Dewan Hibiscus, Swiss Garden Beach Resort, Sungai Karang, Kuantan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang.
 
Pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang turut mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jabatan/Agensi yang berjaya merangkul Anugerah Pengurusan Aduan SISPAA Negeri Pahang Tahun 2020. Anugerah ini dibahagi kepada 4 kategori iaitu Responsif, Unggul, Prokatif dan Anugerah Utama - Keseluruhan Terbaik.
 
Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya merangkul Anugerah Pengurusan Aduan SISPAA Negeri Pahang Tahun 2020 bagi kategori Proaktif.