MENU
PELANCARAN PELAN STRATEGIK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
27 Julai 2021 - Pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Strategik, Majlis Perbandaran Temerloh. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Puan Jezlily Binti Jamaluddin.
Pelan Strategik Majlis Perbandaran Temerloh 2021 – 2025 ini dijadikan perancangan dan hala tuju kepada warga Majlis Perbandaran Temerloh untuk mencapai perancangan yang telah ditetapkan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap, seterusnya berusaha untuk melaksanakan apa yang telah diaspirasikan.