MENU
Lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Pasar Awam Temerloh (Gerai Ayam) dan lawatan ke tebing/cerun runtuh di Taman Temerloh Makmur.
 
Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh yang telah dipengerusikan oleh YB. Dato' Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Pahang.
 
YB. Dato' Exco juga diiringi oleh YB. Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, ADUN Kuala Semantan sepanjang mesyuarat dan lawatan kerja.
 
Sebelum itu, YB. Dato' Abd Rahim bin Muda telah menyampaikan Elaun Insentif Covid-19 kepada petugas-petugas barisan hadapan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Pada sebelah petang pula YB. Dato' Abd Rahim bin Muda dengan diiringi oleh YB. Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, Yang Dipertua, Setiausaha dan pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Pasar Awam Temerloh (Gerai Ayam) dan lawatan ke tebing/cerun runtuh di Taman Temerloh Makmur.