Pembantu Tadbir Rendah (N11) Pn.Norita Bt. Abdullah Sani Pejabat Am : 09-2901511/1512
Pembantu Am Rendah (N1) Pn.Maisarah Bt Ayub Pejabat Am : 09-2901511/1512
Polisi Objektif Kualiti Jabatan Perancangan
"Kami berazam untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bernilai selaras dengan motto Bahagian Perancang Bandar - MERANCANG ADALAH AMANAH."
Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut:
Menggunakan pendekatan 'bottom-up planning' dalam usaha untuk menghasilkan perancangan yang "functional" dan praktikal.
Memastikan pembangunan seimbang bagi mewujudkan satu kehidupan yang selesa dan menarik.
Merancang dan mendorong pembangunan ke arah untuk menjadikan Bandar Temerloh sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah.
Memastikan pembangunan yang dilaksanakan selaras dengan dasar Majlis Perbandaran Temerloh.
Memenuhi keperluan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.
Piagam Pelanggan Jabatan Perancangan
Kami akan meluluskan permohonan pelan susunatur dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap.
Ulasan permohonan tukar syarat dasar akan dikemukakan kepada Pejabat Tanah Dan Galian dalam tempoh 1 bulan.
Ulasan mengenai permohonan pecah sempadan,pecah bahagi dan catuman tanah akan dibuat dalam tempoh 1 bulan serta dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah.
Semua ulasan perancangan yang diperlukan oleh Jabatan-Jabatan luaran dan dalaman yang lain akan dikemukakan dalam tempoh 2 minggu.
Menguruskan perancangan gunatanah,lalulintas dan pengangkutan awam dalam kawasan Majlis dengan lebih terancang dan teratur sepertimana yang ditetapkan di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.
Mengemukakan maklumat-maklumat perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh kepada orang ramai.