Pilih Saiz : Kecilkan Saiz Teks Kembali ke Saiz Asal Besarkan Saiz Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Biru    
 
 
LAMAN UTAMA » MP TEMERLOH » Pengurusan » Jabatan » Bahagian Kawalan Bangunan
 

Bahagian Kawalan Bangunan

Pn.Norehan Manab
Arkitek (J41)
Pn.Norehan Bt. Manab
Pejabat Am :09- 2901477
norehan@mpt.gov.my
 
Pn.Norehan Manab
Pembantu Teknik Senibina (J29)
Cik Noor Widayu bt Hasanudin
Pejabat Am :09- 2901477
widayu@mpt.gov.my
 

 

Pn.Norehan Manab

Juruteknik Seni Bina (J17)
 
Pejabat Am :09-2901517

 

En.Sahizam Mohd b. Shahbudin
Juruteknik Seni Bina (J17)
En.Sahizam Mohd. B. Shahbudin
Pejabat Am :09-2901517

 

Pn.Norehan Manab
Pembantu Tadbir (N17)
Pn.Hayati Bt Ahmad
Pejabat Am : 09-2901516/1510
09-2901513/1499

 

Pn.Norehan Manab
Pembantu Tadbir (N17)
En.Hairil Anuar Mohd Basir
Pejabat Am : 09-2901516/1510
09-2901513/1499

 

Matlamat Jabatan

Menjadikan Temerloh sebuah perbandaran yang mempunyai pembangunan fizikal yang harmoni, terancang dan selesa serta berdaya saing untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020.

 

Objektif Jabatan 

  • Menggalakkan setiap pembangunan dilaksanakan dengan teratur dan terancang selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.
  • Memastikan setiap permohonan pelan diluluskan mengikut piagam pelanggan.
  • Memperbaiki serta mengemaskini sistem dan prosedur memproses kelulusan pelan-pelan bangunan supaya menjadi lebih teratur, berkesan dan pantas serta dapat memberi kepuasan kepada pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

 

Fungsi Jabatan 

  • Memastikan permohonan kelulusan pelan-pelan bangunan yang diberikan selaras dengan dasar dan peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Memproses permohonan pelan-pelan bangunan dan Sijil Layak Menduduki bagi mendapatkan kelulusan Yang Dipertua Majlis.
  • Menguatkuasakan Akta Jalan Parit dan Bangunan (1974) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (1984).
  • Menerima dan membuat siasatan keatas setiap bentuk aduan dari orang ramai berkaitan dengan bangunan dan disusuli dengan penguatkuasaan yang selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada. 

 

Unit Bangunan Baru Dan CFO 

Bertanggungjawab dalam urusan memproses setiap permohonan yang dikemukakan oleh pelanggan bagi tujuan mendapatkan kelulusan . Antara tugas-tugas yang dijalankan adalah seperti berikut:- 

  • Memproses permohonan pelan-pelan cadangan bagi projek perumahan, komersial, perdagangan, institusi pengajian tinggi dan perindustrian.
  • Menyiasat aduan orang awam yang berkaitan dengan hal-hal bangunan.
  • Memberi ulasan dan teguran terhadap pelan cadangan bagi projek perumahan/ komersial/ perdagangan/ institusi/ pengajian tinggi/ perindustrian.
  • Memberi khidmat nasihat dalam menentukan rekabentuk dan fascade mengikut nilai-nilai dan identiti setempat.
  • Mengurus pengumpulan maklumat dasar piawaian, garispanduan dan akta yang diterimapakai.
  • Membuat lawatan tapak ke atas projek perumahan dan komersil yang telah siap bagi tujuan Sijil Kesempurnaan Menduduki Bangunan
  • Memproses dan meluluskan Sijil Kelayakan Menduduki. 

 

Unit Pelan Ubahsuai/ Tambahan 

Tugas utama Unit ini adalah untuk memproses setiap permohonan yang dikemukakan oleh pelanggan untuk kelulusan. Antara permohonan pelan-pelan cadangan yang diproses oleh bahagian ini adalah: 

  • tambahan dan ubahsuai bangunan kediaman merangkumi kediaman sesebuah, teres dan berkembar.
  • tambahan dan ubahsuai bangunan kedai dan pejabat, bangunan kilang,bengkel dan gudang
  • memproses permohonan buku pelan setara bagi rumah kos rendah dan sederhana rendah.
  • Memproses permohonan serta mengeluarkan permit-permit sementara bagi meletakkan bahan binaan di tepi jalan, memasang khemah, pertunjukkan wayang dan lain-lain.
  • Memproses permohonan struktur menara pemancar/ telekomunikasi.

 


Halaman: 1  2