KPI
Pengukuran prestasi ini dilaksanakan menggunakan Model Pengukuran Prestasi Agensi Kerajaan Berasaskan Proses yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA ) Bil. 2 Tahun 2005, bertajuk Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama Key Performance Indicators (KPI) dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi Di Agensi Kerajaan. Panduan ini hendaklah diguna bersama dengan PKPA berkenaan.
Panduan ini mendokumenkan usaha yang telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh dalam melaksanakan pengukuran prestasi dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Hasil perlaksanaan ini didokumenkan untuk rujukan Majlis Perbandaran Temerloh dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan usaha yang sama di agensi masing-masing.
Ianya selaras dengan kehendak Model Pengukuran Prestasi Agensi Kerajaan berasaskan Proses yang disarankan. Panduan ini mengandungi empat perkara berikut:
a. Perkhidmatan teras (core business) dan proses utama (core process) sejajar dengan kehendak misi dan visi MPT
b. Senarai perkhidmatan utama yang disampaikan oleh MPT kepada pelanggan
c. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Sasaran Prestasi bagi setiap perkhidmatan
d. Tahap pencapaian prestasi setiap perkhidmatan
Kandungan dalam Panduan ini hanyalah rujukan asas. Pelaksanaan pengukuran prestasi oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan akan disesuaikan dengan keperluan masing-masing dengan mengambilkira tugas dan tanggungjawab, beban kerja dan keupayaan sedia ada.
Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama Majlis Perbandaran Temerloh